Followers

Monday 19 June 2017

DECOUPAGE - PROJEK BALANG KUIH RAYA

Projek balang raya yang dah lama teringin nak buat tapi asyik tertangguh je.. Pergi belajar semula kelas decoupage dengan kak Honey Gee (Boleh cari kat FB 😘).. Seronok buat ni... Semua ni terapi... Mengisi masa yang terluang.

Jun ambil tempahan. Kepada sesiapa yang berminat tempahan dibuka sepanjang tanhun ye sayang-sayang semua. Nak tempah jangan segan silu contact Jun. Boleh wasap/call/msg 011-2320 5935😘😘😘





Thursday 25 May 2017

Crunchy Chocolate Cookies

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum dan salam sejahtera Semua...
JOM PAKAT BELI

CRUNCHY CHOCOLATE COOKIES
Dah lama tak baking... Dah lama tak amik order... Tiba-tiba muncul jual biskut raya kan... In shaa Allah sekiranya tiada halangan cookies dijual sepanjang tahun... So jangan malu dan segan Call/wasap/msg Jun ye.

Tolong doakan kesihatan Jun ye... 
Ramai yang tanya Jun dah start ambil order kek ke sekarang bila tengok Jun muncul dengan jual cookies... Jun minta maaf... Buat masa ni pertimbangannya adalah Jun tak baking dan amik order kek... tangan Jun masih manja mcm baby lagi... silap sikt akan sakit semula.. Sekarang tangan kanan pun dah bagi hint sama macam sakit tangan kiri dulu.... Jun baru nak bertatih semula... tak nak terikat dengan sesape.... Jun sihat pulun buat... tak sihat kita rest dulu... :-D

Jom baca sejarah sakit Jun... hihihihi

Sepanjang tahun 2015 telah memberikan jun satu sudut pandang untuk menilai untuk 'PENCEN BAKING'... Sakit di bahu dan seluruh tangan kiri on off.... Bila sakit Allah je la yang tahu... Tapi Jun tetap bertahan walaupun sakit... Ada masa tapak tangan dan jari-jari kebas.. Bila sakit tak tahu kat mana yang nak picit. Puas la sapu minyak angin... Berulang ke hospital doktor cuma bagi minyak angin je untuk sapu... Kemudian buat ECG.. Jantung semua ok... Akhirnya malas dah nak ke Hospital... Kalau sakit pun tahan la sendiri dan sapu je macam-macam jenis minyak...

Hinggalah satu hari, bahu kiri rasa tersangat berat.. Tak boleh tido... takde selera nak makan... Mata mengantuk... puas adjust posisi... pusing sini sakit... pusing sana tak kene... ada masa rasa macam roh dicabut dari badan.... Hati pun berkata-kata... Ya Allah.. ini penyuci dosaku... aku redha... ampunkan aku... berilah kesembuhan untukku... Berat badan turun 10kg masa ni... tp still obes juga... hahaha...

Puas pergi berurut, sakit masih tak kurang.. malah bertambah-tambah pula.. pergi akupuntur... lagi menambahkan runsing di hati... sbb pengamal perubatan tu kata... Ini mild strok....

Agak-agak la kalau nak cakap pun... Kalau tak tido dah berhari-hari... makan pun tak de selera... darah naik tinggi normal la tu... (hahaha ni doktor takde tauliah punya pikiran... Pemilik JUST A CAKE)

Jumpa pula jumpa kiropraktor... lipat sana sini... tekan sana sini.... tak tau juga apa sakitnya... Jun dinasihatkan untuk buat MRI...  Jun diberi surat untuk buat MRI... Kene pi buat esok... sbb waktu buat MRI dah habis... Kene buat ofis hour... Balik singgah rumah adik ipar, sakit semakin melarat... memang dah tak boleh tahan sangat... (kalah agaknya sakit orang nak bersalin tau....)

Call kakak dan adik bagitau dah tak boleh tahan sangat dah sakitnya... Adik Jun datang jemput... Asalnya pergi ke hospital UiTM.. tp sebab tak pernah ada rekod dia tak nak amik... ke hospital Sg. Buluh pulak.... Ramainya orang... 

Akhirnya... ke Al-Islam Kg. Baru... Tekanan darah dah mencecah 180 (per berapa tak ingat dah)... Tapi yang kelakarnya... airmata automatik keluar bila doktor tanya puan sakit apa... Doktor pun takut tengok.. Doktor kata "Sabar ye puan, Saya masukkan puan dalam wad ye malam ni"

Sebelum masuk wad pitam pula sebab tengok tabung darah (hahahaha... memang lawak je rasanya bila ingat balik)... Dok la dalam wad dekat seminggu..Baru tau result lepas dah buat test saraf, x-ray & MRI.... confirm Carpal Tunnel Syndrom.... (Terkejut beruk dengar.... apa kebendanya la tu)... 

Doktor bagi tarikh nak operate... hari-hari Jun tanya... Operate tu camne... Bius penuh ke separuh... Doktor tu sampai gelak... "saya nk bius penuh boleh ke"... "awak takut ke... ok nanti saya bius penuh..."
1st time masuk bilik operation... sejuk beku rasanya... takutnya.... Jun sedar semula masa ditolak keluar bilik operation... "awak dah sedar... jom kita balik wad"
Rupanya kawasan yang operate tu.... 1cm je... hahaha
Jun pantang makan semuanya... Macam orang bersalin... takut luka bentan.. hahaha
Seminggu jumpa balik doktor.. doktor pun tekezut... Eh.. dah kering kesan operate... Doktor suruh datang next week untuk buka jahitan plak...

Ni lagi satu part... Doktor nak buka jahitan... "doktor nak buka jahitan kat sini ke..." masa tu dok kat kerusi.... hehehe doktor pun faham dah... "ok awak baring la" (penakut gile.. hahaha)

Cuti bergaji 2 bulan... Syoknya... rasa macam dalam syurga.. takyah pening kepala fikir nak drive.. ngadap jem lagi...

Gitu la citenya... kenapa lama Jun tak baking... Allah menguji kita... untuk memberi laluan untuk kita berfikir... ALLAH ADALAH SEBAIK-BAIK PERANCANG...
Setahun lebih berehat.... ramai yang nak tengok Jun baking semula... 
29 MAC 2017, 1 REJAB  1438H... Alhamdulillah Allah jemput kami jadi tetamuNya... dah lama rancang nak pergi... tapi selalu tertangguh.... Begitulah aturan Allah, Bila dia jemput.. walauapapun halangannya sampai juga ke Tanah Haram yang sentiasa dirindui... Pertama kali pergi dulu bersama arwah mak abah... tahun 2004... Baru je kerja... arwah mak abah sponsor RM 1000 sorang.. selebihnya tambah sendiri... Kali ni masih pergi dengan duit arwah mak abah lagi... Duit peninggalan arwah mak abah.... kali ni tambang full sponsored.... SEMOGA ALLAH MEMBERI GANJARAN TERBAIK DAN RAHMATNYA KEPADA KEDUA IBUBAPA JUN, HAJAH JULIA BINTI BADRI DAN HAJI EMRAN BIN OTHMAN. AL-FATIHAH ... Kepada yang masih ibubapa hargailah mereka... Memang tak termampu untuk kita balas segala pengorbanan mereka walau sekecil zarah pun..
 Jun pergi bersama adik beradik (Mr Hubby kene tinggal...hihihi). Jun, kakak no 2 dan 2 org adik lelaki pergi mengerjakan umrah.. Kakak yang sulung pergi 3 minggu lebih awal dari kami..... 
Mendengar penerangan dari mutawif.... Ustaz ada beritahu bulan rejab ni bagus kalau kita nak mulakan bisnes... Hati pun terus meminta kepada Allah... Teringin nak bisnes tapi tak tau nak bisnes apa... Mohon Allah beri petunjuk... Selepas balik umrah... masih terfikir-fikir lagi nak bisnes apa... 
Satu hari... ambil fail resepi-resepi yang ada... selak-selak... apa yang best nak buat ni.... Buka internet pulak... Akhirnya terfikir... buat cookies pun sedap... nak kudap-kudap kasi manis mulut hahaha... Dah lama tak rasa cookies dari air tangan sendiri... selalu dok beli je... Pergi kedai kek.. cari bahan... aiyo.... semua bahan mahal gile... patut la ramai baker mengeluh...
 " Eh.. sedap pulak cookies ni..." (Masuk bakul angkat sendiri... sedap kat tekak sendiri tu yang penting.... hahhaha). Cakap kat Mr Hubby "Jom bisnes cookies nak..." Mr Hubby ckp "buat 1 jenis je... takyah buat byk2 jenis"

Start la mengedit resepi... cookies yang sederhana..... tak nak yang manis... nak kos yang tak tinggi sangat... nak sedap.... Takyah la buat cookies tekak orang kaya... hahahha.... Tekak kita tekak rakyat biasa-biasa je... hihihihi

Semangat la sangat... sampai sanggup terus pi buat sticker.... design sendiri... pi hantar printing.. pastu potong sendiri... Cookies siap untuk di jual...


JOM PAKAT BELI

CRUNCHY CHOCOLATE COOKIES

Wednesday 1 March 2017

TART SHELL


TART SHELL

Kulit tart untuk pelbagai jenis tart seperti cheese tart, fruit tart, egg tart & sebagainya. Tak perlu bersusah payah atausqueeze masa anda yang sememangnya terhad. Terus tempah sahaja.

Size: 4.5cm (mini –
permukaan atas sebesar syiling 50sen)
Kuantiti: 1 bekas – 100pcs
Harga: RM32 (original)

*
dibuat menggunakan buttercup bukan marjerin untuk menjamin rasa yang sedap & rangup
*
simpan dalam bekas kedap udara & tempat kering boleh tahan selama 2 bulan

______________________________________________________


SELF PICK UP

TERMA & SAYARAT
* Sila buat pembayaran terlebih dahulu.

* Kemudian hantar bukti pembayaran.

* Sila buat temujanji sekurang-kurangnya satu (1) hari sebelum pick up order.

Pick UP Point :

1. JUPEM :

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Jln Sultan Yahya Petra (Jln Semarak), Kuala Lumpur.


Isnin - Jumaat
Masa : 9.00
pg - 4.00 petang (Sila buat temujanji)

2. My Home Sweet Home :

Blok A, Sri Astana Apartment, Jln 20, Taman Selayang, Batu Caves, Selangor.



Isnin - Jumaat
Masa :
Selepas 6.00 ptg - 10.00 mlm (Sila buat temujanji)



Sabtu/Ahad
Masa : 9.00
pg - 10.00 mlm (Sila buat temujanji)


NEW!!!


TEMPAHAN MELALUI POS


TERMA & SYARAT

*Sila buat tempahan 2 minggu awal.

*Sila nyatakan poskod alamat anda, kami akan membuat semakan terlebih dahulu.

*Setelah mendapat pengesahan, sila buat pembayaran. Kemudian hantar bukti pembayaran kepada kami.

*Tempahan anda hanya akan dihantar selepas pembayaran dibuat.


Call/SMS/WhatsApp 011-23205935